Saturday 13 February 2016

kuih lobak putih 2

...percubaan kedua sebab yang lepas tak menjadi keras (tu le derhaka lagi kepada resipi he he he). 




Resipi:
1 lobak putih sekitar 500 g 
500 g tepung beras
100 g @ 7 keping Shitake - cincang
100 g udang kering - rendam
1 kiub ayam
1 bawang besar
3 cawan air
serbuk lada sulah
garam

* lobak putih
Pilih yang pecah sedikit sebab banyak kandungan airnya.
Sagat / parut lobak.

Larut tepung beras dengan 2 cawan air - ketepikan.
Goreng shitake dan angkat.
Goreng udang kering dan angkat.
Goreng bawang, masuk lobak, kiub ayam dan masuk 1 cawan air - masak sehingga lobak bertukar warna menjadi agak jernih.
Masuk semua bahan yang telah digoreng.
Masuk bancuhan tepung beras, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
Masak sehingga agak pekat tetapi jangan sampai jadi bergentel / berketul.
Sediakan loyang yang disapu minyak.
Curah adunan dan kukus selama 30-40 minit.
Cucuk dengan lidi dan jika tidak melekat - masaklah tu.


No comments:

Post a Comment