Tuesday 10 May 2016

moi-moi

...atau moin-moin. Makanan yang berasal dari Nigeria. Kak Monie diminta (dipaksa) buat sebab katanya sedap. Kacang pun dibelikan dan tiap hari hamba Allah ni akan tanya dan cuba ke belum? Dua minggu juga baru Kak Monie membuatnya sebab daripada rupa dan bahan pun rasa malas nak mencuba.

Resipi Kak Monie buat carian di internet apalagi kalau bukan Mr Goggle dan Youtube. Ni hah!

Sedap tak? 
TAK



Resipi 1


kiri - telur yang dipecah 
kanan - telur yang direbus


Resipi 1
2 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1 cawan air
1 biji cili merah
3 cili padi
1/2 bawang besar
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub Knoll ayam
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur


Resipi 2


Resipi 2
1 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1/4 cawan air
1/4 cawan susu segar
5 biji cili padi
1/2 bawang besar
1/2 kiub Knoll ayam
1 sudu makan sos tomato
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur

caranya:
Rendam kacang sekitar semalamam.
*Kak Monie rendam 1 1/2 hari.
Buang kulit kacang.
Kisar kacang, cili dan bawang bersama-sama cecair.
Masukkan bahan yang berbaki.
Sapu minyak pada bekas (mangkuk, loyang).
Letak telur rebus di dalam adunan atau di atas adunan.
ATAU
Pecah telur perlahan-lahan atas adunan.
Kukus sekitar 20- 30 minit.

*Ada juga yang dibakar dalam ketuhar.
*Ada yang dibungkus di dalam daun.

No comments:

Post a Comment